“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9)
Wednesday, 16 May 2012
Friday, 11 May 2012
Tuesday, 8 May 2012
BAB 1: Asas Kepada Perdagangan 3
Pengeluaran
Pengeluaran ialah aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.Aktiviti yang tidak mendatangkan faedah tidak dianggap sebagai pengeluaran.
Pengeluaran juga diertikan sebagai proses penciptaan nilai faedah. Nilai faedah disebut sebagai keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak manusia.
Terdapat 4 jenis nilai faedah:
Jenis pengeluaran terbahagi kepada dua iaitu pengeluaran langsung dan tak langsung.Pengeluaran langsung ialah individu memenuhi segala keperluan dan kehendak melalui usaha sendiri.Contohnya masyarakat sara diri dengan bercucuk tanam.Manakal pengeluaran tak langsung ialah manusia memenuhi keperluan dan kehendak dengan bergantung kepada pihak lain.Ini akan mewujudkan konsep pengkhususan dalam pengeluaran.

Cabang pengeluaran- aktiviti pengeluaran boleh dibahagikan kepada tiga cabang utama, iaitu:
- Perusahaan: usaha untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan mengubah bentuknya kepada separuh siap atau barang siap.Terdapat tiga jenis perusahaan iaitu Industri ekstraktif meliputi segala usaha untuk mendapatkan(mengekstrak) sumber bahan mentah daripada bumi atau lautan.Contohnya pertanian,penternakan dan sebagainya.Industri pembinaan meliputi semua kerja membina atau memasang dengan menggunakan bahan mentah,barang separa siap atau barang siap.Contohnya pembinaan bangunan,jambatan, jalan raya dan memasang kenderaan.Industri perkilangan merupakan aktiviti memprosesbahan mentah daripada perusahaan ekstraktif menjadi barang separa siap atau barang siap.Ia juga dikenali sebagai industri sekunder.
- Perdagangan: aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan.Perniagaan ialah aktiviti jual beli intuk mendapatkan keuntungan.Manakala bantuan perniagaan ialah aktiviti bagi melicinkan aktiviti perdagangan yang terdiri daripada perbankan,komunikasi dan sebagainya.
- Khidmat terus: Meliputi semua perkhidmatan yang diberikan secara langsung atau terus oleh pengeluar kepada pengguna tanpa guna orang tengah.Contoh perkhidmatan doktor,guaman,guru dan lain-lain.
Faktor pengeluaran-aktiviti pengeluaran merupakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan barang atau perkhidmatan.Faktor pengeluaran tersebut ialah tanah,buruh modal dan usahawan
BAB 1: Asas Kepada Perdagangan 2
Hierarki Keperluan Maslow
Hierarki Keperluan Maslow menunjukkan tahap keperluan manusia iaitu keperluan fisiologi, sosial, dan rohani.
Hierarki Keperluan Maslow menunjukkan tahap keperluan manusia iaitu keperluan fisiologi, sosial, dan rohani.
BAB 1: Asas Kepada Perdagangan 1
Keperluan Dan Kehendak
Keperluan adalah perkara asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan.Ianya terdiri daripada keperluan asas dan keperluan lain.Keperluan asas terdiri daripada makanan, pakaian, dan tempat tinggal.Keperluan lain pula termasuk dalam pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air.

Kehendak pula adalah sesuatu yang diperlukan untuk hidup lebih selesa ianya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.Juga akan berubah mengikut umur, jantina dan tahap pendapatan.Ia hanya pelengkap kepada keperluan manusia yang pelbagai serta tidak terhad dan tidak mudah dipuaskan.Contoh kehendak seperti rumah banglo, kereta mewah, hiburan dan sebagainya.
Perbezaan antara keperluan dan kehendak:
Perbezaan antara keperluan dan kehendak:
Subscribe to:
Comments (Atom)